Samui
![]() Keunikan lokasi Villa Baan Sai Tan ini merupakan suatu tarikan yang cukup menarik di Bophut, Koh Samui. Terletak di kawasan pergunungan dengan pemandangan yang menakjubkan dan ia berhampiran dengan pantai yang indah, keenakan restoran-restoran, keunikan kedai serta spa, lokasinya sungguh menakjubkan. Kesemua ini dan banyak lagi untuk anda merasakan kemeriahan dan keindahan Samui. Tiga minit pemanduan dari villa ini terletaknya Kampung Nelayan(Fisherman’s Village), iaitu lokasi paling popular di Samui di mana keindahan serta keasliannya masih dipelihara di sini. Dengan barisan rumah kedai kayu orang Cina dan diselang-selikan dengan pelbagai kedai yang unik, pelbagai bar serta restoran yang hebat, ia masih mengekalkan ciri-ciri Thai dengan keramahan sabai sabai mereka. Waktu siang anda boleh menyewa kemudahan kapal layar, jet ski, peralatan bersnorkel dan kayak. Aktiviti meluncur layang-layang serta pelbagai aktiviti air yang sangat menyeronokkan membuatkan anda sibuk seharian. Terdapat juga kedai menjual alatan menyelam berhampiran, menawarkan kelas skuba atau menyelam di kawasan yang sangat popular iaitu di Taman Marin Ang Thong (Ang Thong Marine Park), Sail Rock atau Pulau Koh Tao. Anda juga boleh berjemur di bawah sinaran matahari, menikmati kesegaran minuman buah-buahan tropika atau meminum air kelapa terus dari buahnya. Umum Lokasi Koh Samui yang menakjubkan ini terhindar dari elemen-elemen bencana alam. Tiada risiko tsunami di Samui, kerana kedudukannya yang unik di Teluk Thailand di mana ia jadikan Sumatera sebagai tebingnya. Tiada taufan di Samui, juga letupan gunung berapi serta tiada kesan-kesan sejarah berlakunya gempa bumi sebelum ini. Ianya satu berita baik. Koh Samui merupakan pulau terbesar di Kepulauan Ang Thong di perairan Teluk Thailand dan terkenal dengan tinggalan pantai putih tropikanya. Koh Samui mempunyai perairan teluk yang cantik, keindahan pantainya yang putih bersih, airnya yang jernih dan juga pelbagai restoran, kedai dan bar yang menarik. Nasib baik, Koh Samui masih lagi mengekalkan keramahan rakyat Thai, dengan kampung nelayan yang kecil serta tanaman-tanaman kelapa. Koh Samui ada sesuatu untuk para pengunjungnya; pantai Chaweng dan Lamai menawarkan pelbagai kemeriahan malam yang ranggi dan di Bophut dan Maenam pula anda boleh menikmati kedamaian suasana Thai dengan gerai-gerai makanan tempatan serta keindahan pantai. Jarak perjalanan di pulau Koh Samui adalah dekat. Selain dari sinaran matahari, lautan serta pantainya yang indah, banyak lagi tempat-tempat menarik untuk dikunjungi di Koh Samui: Pusat latihan monyet, air terjun di Hin Lad dan Na Muang, Big Buddha dan kuil di Phra Yai serta taman rama-rama yang cantik di mana segalanya harus dikunjungi. Koh Samui terletak kira-kira 80 kilometer dari perairan Surat Thani, lebih kurang 560 kilometer dari Bangkok. Berkunjunglah ke penginapan yang mendamaikan di samping pengembaraan yang menakjubkan di Thailand yang menyediakan keselesaan pengunjungnya yang kontemporari. Anda akan dapat lihat kehebatan Koh Samui dengan keindahan air terjun serta ladang pokok kelapa yang luas. Sebanyak 2 juta buah kelapa dieksport ke Bangkok setiap bulan. Di sini, kesempurnaan pantai yang sememangnya wujud: pepasir putih dengan pepohon palma yang mempesonakan, airnya yang tenang, jernih dan pancaran matahari yang menyakinkan... Kehijauan hutan tropika dan tanaman-tanaman kelapa diindahkan lagi dengan lautan biru dan air terjun yang mempesonakan menjadikan ia sebuah landskap setanding dengan pulau-pulau indah yang lain. Alamat Koh Samui Hospital Bangkok Samui Hospital Antarabangsa Samui Download The Villa People at Samui (English) |
| general conditions | concept & design | ![]() |



Villa

